Tuesday, March 20, 2012

Baju Peserta

Ini design baju yang bakal anda sarungkan.

*Pengumuman

Tarikh pendaftaran dilanjutkan sehingga 29. Mac. 2012. Bagi pendaftaran yang awal mudah kami membuat kemaskini.

Friday, March 16, 2012

Borang Penyertaan Tarik Tali

Sesiapa yang berminat boleh la mengisi borang tersebut.

Borang Penyertaan


Sila klik gambar borang penyertaan dan 'save image as' kemudian print gambar tersebut dengan saiz A4.

Saturday, February 18, 2012

JAMBOREE BASIKAL KAJANG

Sempena hari Polis ke 205 pada tahun ini KMY Resources sekali lagi diberi kepercayaan oleh pihak IPD Kajang untuk menganjurkan Hari Polis Peringkat Daerah Kajang. Sempena hari polis ini kami telah merancang akan mengadakan sambutan hari polis pada 1 April 2012 bertempat di Stadium Kajang.

Pada hari tersebut kami telah merancang mengadakan acara bermula dari pukul 7.30 pagi hinggalah pukul 6.00 ptg. Program sehari ini akan dipenuhi berbagai acara menarik. Antaranya Jamboree Basikal Kajang, pertandingan tarik tali terbuka, pertandingan makan satay, pameran agensi dadah, kesihatan, kempen derma darah,pendaftaran Rakan Cop,persembahan T-Batten PDRM danlain-lain acara menarik yang memeriahkan hari polis itu nanti.

JAMBOREE BASIKAL KAJANG

Tarikh 1 April 2012 Jam 7.30 pagi
Mempelawa semua peminat dan pengayuh basikal seluruh negara.
Kayuhan sejauh 40 km melalui Kajang - Bandar Baru Bangi
Ketegori umur 14 tahun ke atas. Terbuka semua jenis basikal.
Permulaan : Stadium Kajang.

Yuran Penyertaan RM 50.00 seorang.

Setiap peserta mendapat baju-T, minuman setiap check point dan makan tengah hari.
Hadiah cabutan bertuah , serta hadiah jumbo menanti peserta terpilih.
*Hadiah I-pad Apple menanti peserta ke- 500 awal mendaftar untuk Jamboree Basikal

Untuk penyertaan sila isi borang.


SELAMAT DATANG


Selamat datang ke laman blog KMY Resources.

Kami telah berjaya mengadakan program Policing Bersama Masyarakat dengan mengadakan Kayuhan Jelajah Kajang-Semenyih bersama Polis Diraja Malaysia IPD Kajang pada 24.12.2011.
Tahniah kepada semua peserta yang terlibat dengan kayuhan dan mereka amat gembira dengan apa yang mereka perolehi. Banyak hadiah yang telah diberikan kepada pserta bertuah.
Kami mengucapkan setinggi penghargaan serta terima kasih kepada pihak IPD Kajang terutamanya Tn ACP Ab Rashid Ketua Polis Daerah serta pegawai-pegawainya yang telah memberi kepercayaan serta kerjasama sehingga berjayanya program Policing Bersama Masyarakat Berbasikal Jelajah Kajang Semenyih.